Thursday, 30 October 2014

Mencari diri yang "Hilang"

"Benarkah dia sudah bertunang? Atau ini hanyalah khayalan aku seorang? Atau mungkin dia sedang menipu aku? Ya Allah! Aku sayangkan dia..aku sayangkan lelaki yang bernama Mohd Khairul Zafril Bin Sulaiman.. Aku mahukan dia seorang. Hanya dia sahaja yang bermain difikiran ku Ya Allah!"
"Ruginya aku kerana kehilangan cinta dia..ruginya aku kerana kehilangan dia..ruginya aku kerana kehilangan kenangan bersama dia.. Aku baru nak berjinak dengan dia tapi cara aku mungkin salah sebab dia tidak suka aku keluar malam.. Hurm..nak buat camne dah member aku ajak keluar,keluar jela lagipun aku kat rumah dia..parents dia seorang pun tiada di rumah so tak akan aku nak duduk rumah orang buat macam rumah aku sendiri even aku sudah terbiasa dengan family dia? Dia pun satu buat keputusan melulu je.
Sabar jela
Aku masih mengharapkan dia lagi even dia masih menjadi tunangan orang.
Nak tahu tak?
Aku berharap dia akan kembali dalam hidupku semula..
Apalah nasib malang yang menimpa diriku ini..
Hanya Allah sahaja yang tahu..
Aku hanya mampu berdoa sahaja kepada Yang Maha Esa agar dia pertemukan aku dengan jodohku..

Selepas 5 tahun aku dengan duniaku,maka aku membuat keputusan untuk menjaga ayah yang sedang sakit. Boleh dikategorikan tahap kritikal sebab keadaan ayah tak begitu baik. Kalau dulu aku rasa banyak perkara yang aku buat semuanya betul sebab aku suka pentingkan diri kini aku sedar semua perbuatan ku dulu salah. Baru aku sedar.. Tapi..dah tak guna nak sesali perbuatan lampau. Kalaulah boleh putarkan masa kembali keadaan sekarang tak akan jadi macam ini. Selama aku jaga ayah,keadaan ayah dah tak normal walaupun masyarakat lain lihat ayah aku sihat walafiat. Tapi..dekat dalam tu jauh di dut hati ayah aku itu hanya dia sahaja yang tahu. Betapa seksanya dia selama ini. Menanggung kesakitan yang tak pernah nak sembuh. Allahu..hanya Allah sahaja yang tahu kisah hati ayahku itu. "Ayah..cepat² lah sembuh..nanti boleh kita pergi jalan² sama² satu family macam dulu"kataku sambil mengesat air mata yang membasahi pipiku. Melihat keadaan ayah sahaja dah cukup untuk aku gambarkan kehidupan kami akan datang. Kesian kat mama sebab dia seorang sahaja yang menanggung beban ini seorang. Anak²nya semua masih belajar dan tak dapat lagi kerja tetap. "Ya Allah..dugaan apa yang kau berikan kepada keluarga kecil ini." Rintih ku didalam hati.

No comments:

Post a Comment