Thursday, 19 March 2015

kisah seorang gadis

Disuatu keheningan malam,seorang gadis yang berusia 20-an memendamkan rasa rindu terhadap keluarganya. Lalu si gadis yang agresif ini menghubungi keluarganya untuk bertanyakan khabar dari mereka.

"Assalammualaikum.."dia memulakan perbualan.
"Wa'alaikummusalam..ye kak. Kenapa call ni?"jawab mama.
"Takde pape..saja nak tanya khabar semua..rindu. Dah lama tak balik rumah.. Kenapa mama and ayah dah lama tak call kakak ?"dia merasakan seperti sesuatu yang terjadi. Jantungnya terus berdegup laju.. dup dap dup dap......
"Ohh..semua baik je."mama cuba menyedapkan hati anaknya kerana tidak mahu si kakak tahu akan perkara yang sebenar.
"Oh..kalau macam tu takpe la.. Sorry kalau kakak ganggu mama tengah kerja. Hehehe"dia membalas dan mematikan perbualan.
"Okay..assalammualaikum."
"Wa'alaikummusalam.."

"Erm..nak balik rumah juga! Tak kira apa pun berlaku. Nak juga balik rumah. Hurm..call ayah la.."bentaknya dalam hati.

"Hello papa muncit!"sapa dia dengan nada riang.
"Ye kak.. Assalammualaikum. Kenapa kakak call ni?"
"Kakak nak balik rumah minggu ni..lagipun nak settle kan assignment Visitor kena buat video kat tempat yang selalu jadi attraction tourist..so ayah boleh tak ambik kakak hari jumaat ni?"soalnya kepada si ayah.
"Oh..kakak nak balik ke ? Ayah tak boleh ambik la kak sebab ayah ada kat hospital ni.. Mama,adik,Amir and Makteh pun tengah on the way datang tengok ayah. Cha ci cu pun ada..hahahaa"ayah tetap ketawa walaupun berat hati nak beritahu anak gadisnya yang masih belajar itu.
"Hah! Ada kat hospital? Bila ayah masuk hospital? Oh..semua ada la kat situ..alahai budak kecik tu pun ada sekali? Nak balik la main dengan Iecha.."tiba-tiba airmata laju membasahi pipinya yang montel dan dengan nada sebak dia meneruskan perbualannya dengan ayah. Kerana tidak mahu ayah tahu yang dia sedang menahan kesedihan apabila mendengar berita yang tergempar itu.

No comments:

Post a Comment